SEOUL: Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan dan mengadu mengenai jadual rawatan yang tertangguh atau ditangguhkan pada Rabu apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua kerana membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota pendaftaran di sekolah perubatan.
Lebih 70 peratus atau 8,816, doktor pelatih hospital umum meletak jawatan beramai-ramai setakat ini sebagai membantah rancangan pembaharuan untuk menambah kuota kemasukan ke sekolah perubatan sebanyak 2,000 tempat tahun depan daripada 3,058 tempat semasa, lapor Agensi Berita Yonhap.
Daripada jumlah itu, 7,813 mengingkari arahan kerajaan supaya kembali bekerja pada Rabu.
Ketiadaan doktor muda itu mencetuskan kebimbangan mengenai perkhidmatan penjagaan kesihatan, apabila operasi bilik pembedahan dikurangkan kepada serendah 50 peratus di lima hospital terbesar di Seoul setakat ini, lapor Yonhap memetik sumber perubatan.
Pada Rabu, Kim seorang pesakit kanser saluran empedu berusia 38 tahun terpaksa berpindah ke pusat perubatan lain.
"Saya memerlukan rawatan lanjut kerana demam panas, tetapi saya disyorkan untuk berpindah ke hospital lain semalam," menurut Kim.
Jeon Kyu-sik, 50-an, seorang pesakit epilepsi berkata kira-kira separuh daripada bilik hospital kosong dan keadaan itu hampir sama dengan pengabaian dan pesakit akan mati jika tidak dibedah segera.
Seorang jururawat di sebuah hospital kanak-kanak memaklumkan kepada pesakit dan ibu bapa bahawa pada masa ini, semua perkhidmatan di hospital beliau bertugas terpaksa ditangguhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Lebih 70 peratus atau 8,816, doktor pelatih hospital umum meletak jawatan beramai-ramai setakat ini sebagai membantah rancangan pembaharuan. - Foto Reuters
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Korea Selatan: Pesakit kecewa perkhidmatan kesihatan terjejas ekoran doktor pelatih enggan bekerja
Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua.